expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, August 6, 2014

UPMKB Agrotech Exhibition 2014


Assalamualaikum and very good morning semua ! 

Di pagi yang indah ini , Saya rasa bersyukur kerana masih dihidupkan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Hmmmmm ...

UPMKB Agrotech Exhibition 2014 ???? "What's That??"

Okay , meh sini biaq Fadz terangkan kat kalian yer sanak saudara sekalian :D ..

Program UPMKB Agrotech Exhibition (UAE) ini merupakan satu program pameran yang dirangka khas untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan dan aplikasi teknologi khususnya dalam bidang pertanian. Pameran yang akan dijalankan ini bertemakan “Innovation for Sustaining Agriculture”  diharapkan
dapat memberi input dan pengetahuan yang lebih terhadap penggunaan teknologi serta aplikasinya dalam bidang pertanian khususnya kepada masyarakat luar.Program ini mempunyai kategori bidang utama , antaranya :-

  1. Pertanian
  2. Perikanan
  3. Penternakan
  4. Perhutanan Tani
  5. Industri Asas Tani

Program ini akan berlangsung pada 16 dan 17 August 2014 , bertempat di Dewan Sri Kenyalang (DSK) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak . Program ini juga terbahagi kepada tiga dua bahagian , iaitu Pertandingan Rekacipta Inovasi Pertanian dan Pameran Teknologi Pertanian .

Fadz pun turut menyertai pertandingan ini bersama tiga lagi rakan seperjuangan . ( maaf tak dapat mention nama korang! Hahahah ! ) *Mohon terasa

Okay , Sampai disitu saja hujah yang Fadz dapat kemukakan ,

Jumpa di post yg lain.

Hati2 di jalan raya dan selamat beramal.

Asssalamualaikum :D






No comments:

Post a Comment