Okay , Hari ni Fadz terasa macam nak berkongsi sesuatu dengan anda semua .
Benda ni selalu korang semua kurang titik beratkan , ia mengenai penjagaan komputer riba anda .
Dekat sini Fadz nak kongsi serba sedikit tips untuk kebaikan komputer riba korang. (*maaf ayat skema)
Yang pertama ,
KEYBOARD
- Digalakkan menggunakan "getah pelindung keyboard" untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk dan takut tertumpah apa2 cecair ke dalam rongga keyboard .
- Beli pembersih keyboard yang macam span basah dalam botol ( Tak silap la ) bagi mencuci permukaan keyboard supaya tidak terlalu kotor .
- Lakukan pembersihan sekurang kurangnya sebulan sekali .
BATERI
- Penjagaan bateri komputer riba amat penting bagi mengelakkan kerosakan , Oleh itu , apabila bateri sudah dicas penuh , gunakan "Direct Current " dari adapter .
- Pastikan bateri di bawah 15% sebelum dicas semula
SKRIN LCD
- Sentiasa lap permukaan skrin supaya habuk tidak melekat.
- Digalakkan menggunakan "Screen Saver"
- Jangan tekan skrin dengan sebarang objek bagi mengelakkan "Dead Pixel"
Sekira berlaku sebarang kerosakan pada komputer riba anda , sila hantar ke bengkel laptop yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan susulan ,
Sekian dari saya , Fadz
Assalamualaikum , dan berhati - hati ketika menunggang ,
Anda Mampu Mengubahnya .






No comments:
Post a Comment